Moratorium Bayaran Balik Pinjaman – Adakah Ia Akan Menjejaskan Skor Kredit Anda?
Sehubungan dengan pandemic COVID-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan moratorium (penangguhan) automatic selama enam bulan bagi semua bayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk membantu meringankan beban kewangan individu dan PKS. Oleh itu, anda tidak akan dikenakan penalti sekiranya tidak membuat bayaran balik pinjaman bulanan dalam tempoh moratorium ini.
Perkara penting mengenai moratorium ini:
- Berkuat kuasa mulai 1 April hingga 30 September 2020
- Faedah masih akan dikenakan seperti biasa sepanjang tempoh moratorium ini (enam bulan)
- Tidak terpakai untuk pinjaman atau pembiayaan yang telah tertunggak melebihi 90 hari dari 1 April 2020
- Anda boleh memilih untuk tidak menyertainya (opt-out) – hubungi bank anda untuk maklumat lanjut
- Tidak terpakai kepada hutang kad kredit
Saya ingin menangguhkan bayaran selama enam bulan di bawah moratorium ini. Adakah ini akan menjejaskan skor kredit saya?
Tidak. Bayaran yang ditangguhkan di bawah moratorium tidak akan menjejaskan skor kredit anda atau keupayaan anda untuk mendapatkan pinjaman pada masa hadapan. Bayaran yang ditangguhkan tidak akan direkodkan sebagai bayaran gagal (default).
Adakah saya akan dikenakan faedah tambahan ke atas jumlah ansuran yang ditangguhkan?
Menurut BNM, faedah tetap akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium. Maka, walaupun anda tidak perlu membayar apa-apa sekarang, anda akan membayar lebih dalam jangka masa panjang kerana semua faedah yang terkumpul dalam tempoh enam bulan ini akan ditambah kepada jumlah pinjaman anda.
Bagi pinjaman atau pembiayaan konvensional dan Islamik, faedah/keuntungan akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak dan akan terkumpul sepanjang tempoh ini. Namun, faedah/keuntungan tersebut tidak akan dikenakan faedah tambahan (faedah atas faedah).
Bolehkah saya menangguhkan bayaran balik kad kredit?
Moratorium ini tidak terpakai kepada hutang kad kredit. Walau bagaimanapun, bank-bank menawarkan pilihan kepada pelanggan mereka untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka, dengan syarat:
- Tempoh pembiayaan tidak melebihi tiga tahun
- Kadar faedah tidak melebihi 13% setahun
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Bank-bank telah diarahkan untuk memberikan maklumat terperinci kepada pelanggan mengenai kadar faedah. Oleh itu, sentiasa kemas kini dengan berita berkaitan dan semak laman web bank anda secara berkala.
Jika anda menghadapi masalah kewangan atau memerlukan nasihat berkaitan, anda boleh menghubungi AKPK. Anda juga boleh merujuk pautan berikut daripada BNM untuk maklumat lanjut tentang moratorium, syarat-syaratnya dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebaik mungkin:
https://www.akpk.org.my/
https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs_Additional%20Measures.pdf
Untuk kekal memantau kesihatan kredit anda, ingatlah untuk sentiasa menyemak laporan kredit penuh anda. Dengan car aini, boleh mengesan sebarang isu berkaitan kewangan anda lebih awal dan merancang langkah penyelesaian dengan lebih baik.