Tingkatkan Peluang Kelulusan Pinjaman Perniagaan Anda 

Tingkatkan Peluang Kelulusan Pinjaman Perniagaan Anda 

Pinjaman amat penting untuk mengembangkan dan memperluas perniagaan. Namun, mendapatkan kelulusan pinjaman perniagaan tidak semestinya mudah. Dalam laporan RAM-CTOS Business Confidence Index (BCI) bagi Suku Keempat 2023, PKS menyatakan bahawa akses kepada pembiayaan merupakan antara cabaran utama, berikutan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan kadar pembiayaan. 

Namun begitu, dengan melaksanakan strategi yang berkesan secara proaktif, perniagaan boleh meningkatkan tahap kebolehpercayaan kredit dan mempertingkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan. 

Berikut adalah cara-caranya: 

Pilih Pinjaman yang Sesuai 

Terdapat pelbagai jenis pinjaman perniagaan, masing-masing dengan tujuan dan struktur bayaran balik yang berbeza. Memilih jenis pinjaman yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian permohonan anda diluluskan. 

Untuk membantu anda memilih, tanya diri anda soalan berikut: 

  • Apa tujuan pinjaman anda? 
  • Pinjaman jangka pendek: Untuk modal kerja harian atau menangani variasi bermusim. Contoh: overdraf dan pembiayaan perdagangan. 
  • Pinjaman jangka panjang: Untuk perbelanjaan modal seperti pembelian peralatan atau premis baharu. Contoh: sewa beli dan pinjaman berjangka. 
  • Berapa jumlah pinjaman yang diperlukan? 
  • Kira jumlah sebenar yang diperlukan. Jangan meminjam lebih daripada keperluan. 
  • Adakah anda mempunyai cagaran? 
  • Cagaran yang sesuai termasuk hartanah, peralatan atau akaun belum terima. 
  • Bagaimana anda bercadang untuk membayar balik pinjaman? 
  • Melalui aliran tunai perniagaan. 
  • Melalui pendapatan lain yang bukan dari perniagaan. 

Pihak bank akan menilai nisbah liputan perkhidmatan hutang (DSCR) untuk menentukan sama ada perniagaan anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membayar balik pinjaman. 

Apabila situasi kewangan perniagaan anda selari dengan jenis pinjaman yang dimohon, peluang untuk mendapatkan kelulusan adalah lebih tinggi. 

Ketahui Apa yang Diketahui Bank Mengenai Anda 

Semasa memohon pinjaman perniagaan, bank akan menilai 5C untuk menentukan kebolehpercayaan kredit peminjam. 5C tersebut ialah: 

  • Character (Watak) – Reputasi dan sejarah pembayaran balik anda. 
  • Capacity (Keupayaan) – Sama ada pendapatan anda cukup untuk membayar balik pinjaman. 
  • Capital (Modal) – Pelaburan awal terhadap pinjaman, contohnya wang pendahuluan. 
  • Collateral (Cagaran) – Aset yang boleh dijadikan jaminan pinjaman. 
  • Conditions (Keadaan semasa) – Keadaan kewangan perniagaan anda seperti aliran tunai, pendapatan, keuntungan dan sebagainya. 

Salah satu cara bank menyemak semua ini adalah melalui Laporan Skor PKS CTOS yang merumuskan risiko kredit perniagaan secara pantas untuk membuat keputusan yang lebih cepat dan konsisten. 

Berita baiknya, anda juga boleh mengakses laporan ini melalui CTOS Credit Manager. Laporan ini merangkumi: 

  • Skor PKS CTOS – Nombor yang mewakili tahap risiko kredit perniagaan anda. 
  • Profil syarikat – Termasuk pengarah, pemegang saham, rekod alamat dan lain-lain. 
  • Kesihatan kewangan – Seperti aset, liabiliti, pendapatan dan keuntungan. 
  • Sejarah pembayaran balik pinjaman melalui CCRIS. 
  • Sebarang prosiding litigasi atau kebankrapan. 

Kenal Pasti Apa yang Perlu Diperbaiki 

Dengan maklumat ini, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan peluang kelulusan pinjaman, termasuk: 

  • Bayar balik hutang tepat pada masanya. 
  • Rekod kredit yang buruk menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kewangan perniagaan dan akan menjejaskan permohonan anda. 
  • Tunjukkan komitmen terhadap perniagaan anda. 
  • Contoh komitmen lemah termasuk modal berbayar hanya RM1 atau tiada cagaran untuk jumlah pinjaman diminta. 
  • Pastikan rekod kewangan anda lengkap dan terkini. 
  • Bank biasanya memerlukan tiga tahun penyata kewangan yang diaudit. 
  • Jika ada, sediakan unjuran aliran tunai dua tahun untuk menyokong permohonan anda. 
  • Kurangkan kebergantungan kepada satu pembekal atau pelanggan sahaja. 
  • Risiko kebergantungan yang tinggi akan menyebabkan bank menolak permohonan. 
  • Sediakan pelan penggantian perniagaan (succession plan). 
  • Bank mahu tahu perniagaan boleh terus beroperasi walaupun pemilik atau pengarah utama tidak lagi boleh menjalankan tugas mereka. 
  • Jangan campurkan transaksi peribadi dan perniagaan. 
  • Ia menyukarkan pengurusan akaun dan menyukarkan penilaian tanggungjawab kewangan sekiranya berlaku kegagalan pembayaran. 

Untuk elak perkara ini, pastikan semua kutipan dan pembayaran dibuat melalui akaun bank perniagaan. 

Dengan melaksanakan strategi ini, anda boleh meningkatkan peluang untuk pinjaman diluluskan dan mendapatkan modal yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan anda. 

Untuk mengetahui sama ada perniagaan anda layak untuk pinjaman, semak laporan Skor PKS CTOS anda secara berkala melalui CTOS Credit Manager, penyelesaian pengurusan kredit No.1 di Malaysia.