5 Manfaat Mempunyai CTOS Score ‘Hijau’

Jika CTOS Score anda berada dalam kategori hijau, ini secara amnya bermakna kesihatan kredit anda menunjukkan prestasi yang baik – CTOS Score yang baik hingga cemerlang berjulat dari 697 hingga 850. Oleh itu, skor yang ‘hijau’ membuatkan anda kelihatan lebih baik kepada bank dan pemberi pinjaman.

Jika anda masih belum mencapai tahap kesihatan kredit impian anda, jangan risau – CTOS Score anda boleh bertambah baik secara beransuran dengan amalan atau tabiat kesihatan kewangan dan kredit yang bertanggungjawab. Sementara itu, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai faedah yang boleh anda nikmati dengan mempunyai CTOS Score yang baik hingga cemerlang.

5 Manfaat Mempunyai CTOS Score ‘Hijau’:

  1. Peluang Yang Lebih Tinggi Untuk Mendapatkan Kelulusan Pinjaman / Kad Kredit

Mempunyai skor kredit yang sihat menunjukkan bahawa anda bertanggungjawab dan rajin membayar bil anda, yang mengurangkan risiko anda sebagai peminjam. Sentiasa ingat; semakin rendah risiko anda, semakin besar kemungkinan bank dan pemberi pinjaman untuk meluluskan permohonan kredit anda.

  1. Kelulusan Kredit yang Lebih Cepat

Lebih tinggi skor kredit anda, maka lebih cepat bank dan pemberi pinjaman boleh membuat keputusan tentang meluluskan pinjaman atau permohonan kredit anda. Jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, permohonan kredit anda mungkin perlu melalui lebih banyak saluran dan jabatan untuk mendapatkan kelulusan – yang bermaksud anda perlu menunggu lebih lama berbanding jika anda mempunyai skor kredit yang lebih sihat.

  1. Nikmati Kadar Faedah yang Lebih Menarik

Sama ada kad kredit atau pinjaman, mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi bermakna membayar lebih kepada bank atau pemberi pinjaman. Skor kredit anda memainkan peranan dalam menentukan kadar faedah anda, jadi berusahalah untuk memastikan skor kredit anda tinggi untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah.

Semakin banyak bank kini sedang mengkaji untuk merangka kadar faedah berperingkat berdasarkan skor kredit. Jadi, adalah lebih baik anda mengambil langkah awal untuk meningkatkan skor kredit anda sekarang supaya ia ‘sedia’ apabila anda memerlukannya kelak.

  1. Lebih Kuasa Berunding

Dengan skor kredit yang lebih sihat, anda boleh merundingkan syarat dengan yakin apabila anda memohon pinjaman atau kad kredit baharu. Bank dan pemberi pinjaman dapat melihat bahawa anda mampu membayar mereka kembali tepat pada masanya dan konsisten daripada rekod kredit anda, jadi gunakannya sebagai ‘leverage’ untuk merundingkan kadar faedah yang lebih rendah atau pelan pembayaran balik yang lebih baik.

  1. Dapatkan Kelulusan untuk Pelan Ansuran

Perniagaan tertentu, seperti peralatan utama dan kedai perabot, akan melihat skor kredit anda sebelum meluluskan permohonan pelan pembayaran ansuran anda – lagipun, mereka perlu tahu bahawa anda boleh membuat bayaran sebelum mereka membenarkan anda membawa pulang barangan mereka. Skor kredit yang baik boleh melayakkan anda untuk pelan ansuran dengan faedah rendah atau tanpa faedah, bergantung pada kedai dan promosi berterusan mereka.

Mempunyai skor kredit yang rendah tidak bermakna anda tidak boleh membeli-belah di kedai-kedai ini, ini hanya bermakna anda perlu membayar penuh apabila anda membuat pembelian dan bukannya dapat menikmati faedah pelan ansuran.

Cara Mengetahui CTOS Score Semasa Anda

Menyemak laporan MyCTOS Score anda yang dikemaskini akan menunjukkan skor kredit semasa anda (dalam bentuk CTOS Score anda). Laporan MyCTOS Score ialah laporan kredit komprehensif yang boleh membantu anda memahami kesihatan kredit anda dengan lebih baik dan membantu anda mengenalpasti bahagian mana yang anda perlu usahakan untuk meningkatkan kesihatan kredit anda.

Selain CTOS Score anda, laporan ini mengandungi butiran peribadi anda, rekod CCRIS, jawatan pengarah dan rekod tindakan undang-undang. Ini adalah cara terbaik untuk memantau kesihatan kredit anda dan anda boleh mendaftar dengan mudah untuk mendapatkan laporan MyCTOS Score anda atas talian atau melalui aplikasi mudah alih CTOS.