Apakah itu Geran Digital PMKS Madani (GDPM)?

Geran Digital PMKS Madani adalah inisiatif kerajaan untuk membantu perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) mengguna pakai penyelesaian digital. Ia menyediakan geran padanan sebanyak 50% sehingga maksimum RM5,000 untuk perkhidmatan digital. GDPM adalah inisiatif di bawah:

  • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),
  • Bank Simpanan Nasional (BSN), dan
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

GDPM direka khusus untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana bagi meningkatkan digitalisasi operasi harian perniagaan mereka dengan membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan digital daripada Rakan Pendigitalan (DP) berdaftar yang diluluskan oleh MDEC.

Siapa yang layak memohon?

Anda layak jika perniagaan anda:

  • Dimiliki sekurang-kurangnya 60% oleh warganegara Malaysia
  • Berdaftar dengan SSM, PBT (pihak berkuasa tempatan), atau SKM (bagi koperasi)
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Mempunyai perolehan tahunan minimum RM50,000
  • Belum pernah menerima geran PMKS sebelum ini. Di bawah GDPM 2025, penerima geran PMKS sebelum ini hanya dibenarkan memohon semula untuk perkhidmatan e-invois dan AI.

GDPM direka khusus untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana bagi meningkatkan pendigitalan operasi harian perniagaan mereka dengan membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan digital daripada Digitalisation Partners (DP) berdaftar yang diluluskan oleh MDEC.

Apakah yang diliputi oleh geran ini?

Geran ini meliputi 50% daripada kos untuk perkhidmatan digital terpilih, termasuk:

  • Pemasaran digital
  • Sistem e-POS dan pembayaran dalam talian
  • Sistem perakaunan dan cukai
  • Perisian sumber manusia (HR) dan gaji
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
  • Sistem ERP
  • Penyelesaian keselamatan siber
  • Tandatangan digital
  • IoT dan sistem pintar

Nota: Perkakasan atau peralatan fizikal tidak diliputi di bawah GDPM 2025.

Apakah itu Rakan Pendigitalan (RP)?

Rakan Pendigitalan (RP) ialah penyedia perkhidmatan yang berdaftar dan diluluskan oleh MDEC atau BSN untuk menawarkan penyelesaian digital yang layak. Perniagaan mesti mendapatkan sebut harga daripada RP yang tersenarai untuk memohon GDPM 2025.

Berapa jumlah pembiayaan yang boleh saya dapatkan?

Geran ini menampung 50% daripada kos perkhidmatan, sehingga maksimum RM5,000. Baki 50% perlu dibayar oleh pemohon selepas kelulusan.

Bagaimana cara untuk memohon?
  1. Dapatkan sebut harga daripada Rakan Pendigitalan (RP) yang diluluskan
  2. Hantar permohonan anda melalui Funding Societies Malaysia atau melalui RP
  3. Jika diluluskan, anda perlu membayar 50% daripada kos perkhidmatan melalui Funding Societies
  4. Selepas bayaran diterima, RP akan memberikan perkhidmatan dan menghantar tuntutan
  5. Geran akan disalurkan kepada RP selepas pengesahan dilakukan
Bolehkah saya memohon lebih daripada satu perkhidmatan?

Ya, anda boleh memohon sehingga 3 perkhidmatan digital, asalkan jumlah keseluruhan geran tidak melebihi RM5,000.

Berapa lama proses ini mengambil masa?

Tempoh semakan untuk GDPM 2025 adalah 3 hari bekerja. Sila ambil perhatian bahawa ia mungkin mengambil masa lebih lama bergantung kepada semakan akhir daripada Funding Societies.

Bolehkah saya memohon semula jika saya sudah menerima geran?

Tidak. Jika anda pernah menerima sebarang geran di bawah Geran Digital PMKS atau Geran Digital Penjaja Madani, anda tidak layak untuk memohon semula. **Rujuk soalan 2 untuk maklumat lanjut.

Apakah faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memohon GDPM 2025?
  • Bekerjasama dengan Rakan Pendigitalan (RP) yang diluluskan oleh MDEC
  • Jangan membuat sebarang bayaran pendahuluan sebelum geran diluluskan
  • Hanya bayar 50% yuran perkhidmatan melalui pautan yang diberikan dalam e-mel kelulusan geran oleh Funding Societies
  • Sahkan maklumat dengan sumber rasmi seperti MDEC, MCMC, atau Funding Societies
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh CTOS di bawah GDPM 2025?

CTOS menyediakan perkhidmatan Credit Manager di bawah kategori Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM).

Dokumen apa yang perlu saya sediakan untuk GDPM 2025?
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi PMKS / wakil yang dilantik oleh Koperasi, mengikut kesesuaian.
  • Salinan lesen pendaftaran PMKS (SSM atau borang yang setara di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi Koperasi, salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  • Penyata kewangan diaudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PMKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terakhir (semua dokumen mesti disahkan oleh penyedia penyata).
  • Sebut harga / invois daripada penyedia perkhidmatan.
Di manakah saya boleh memohon GDPM 2025?

Anda boleh memohon terus di https://fundingsocieties.com.my/msme-digital-grant-madani#application-form atau daftar minat anda dengan CTOS di https://forms.office.com/r/wvjSTjuFFS dan pihak kami akan membantu anda dalam permohonan geran tersebut.

Adakah saya akan dimaklumkan selepas permohonan geran saya diluluskan atau ditolak?

Ya, Funding Societies akan memaklumkan semua pemohon mengenai status kelulusan geran (sama ada diluluskan atau ditolak). Bagi permohonan yang ditolak, sebab penolakan juga akan diberikan.

Saya mempunyai beberapa syarikat atas nama saya, bolehkah saya memohon untuk semua syarikat saya?

Ya, selagi semua syarat dalam Soalan 2 dipenuhi.

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk GDPM 2025?

Tiada. Tiada bayaran dikenakan untuk GDPM 2025 dan permohonan adalah percuma. Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk GDPM 2025 dan setelah dana ini habis, tiada permohonan lanjut akan dipertimbangkan.

Apa akan berlaku jika saya tidak membuat bayaran 50% dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan geran?

Geran yang diluluskan akan dibatalkan dan anda perlu memohon semula. Walau bagaimanapun, tiada jaminan permohonan berikutnya akan diluluskan semula disebabkan pelbagai faktor.